Saturday, April 17, 2010

sampai ke hujung year 2

alhamdulillah test untuk module central nervous system dah dilalui. mggu depan physical and behavioral science.nak abis dah sem ni,....

10/5- PRO examanination. ni exam utk pre clinical years. mesti lulus utk melangkah ke tahun2 seterusnya. semoga Allah permudahkan, insyaAllah. strive for it!!^o^

24/5-20/6- ni minggu2 utk projek elektif. grup ku buat pasal kuda.

5/7- bermula tahun 3 perubatan. semoga diizinkan, ameen.

semoga sem ni- dpt beri pengajaran n terus beri ilmu ttg kehidupan buatku.
alhamdulillah.

Wednesday, December 16, 2009

HoLidaY

um, skrg ni cuti sem. sminggu je. hehe, xpelah, ni pun dah kira bersyukur sgt2. um, dpt rehatkan kepala otak ni. hrp2 dpt teruskan hidup utk jd lebih baik, dlm usaha melengkapkan diri sblm tiba detik bertemu Illahi..

teruskan usaha utk jd doktor.never say die before u try.

um, mmetik kata2 yg aku dpt dr email, yg mana aku mmg terkena...(huhu)
'Failures do what is tension relieving,while winners do what is goal achieving.'Dennis Waitley


wassalam..

Wednesday, November 11, 2009

upcoming ES

ES is coming soon!

16-17hb nov kem PMH
27 hb nov raya hajj

5hb dec aiyoung kahwin
7-9 hb dec End Semester 3
12-13 hb dec triple I iium

apa2 pun jgn lupa study, ibadah, tmbh ilmu,etc... semoga dipermudahkan dan diringankan badan dlm soal ibadah.


ALL THE BEST! teruskan berjuang dan mmbaiki dirimu sblm tiba masanya utk bertemu Illahi... insyaAllah..

"mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

hidayah

summary-dari solusi 12
jenis2 hidayah:

1. hidayah tabii'
-pd stiap mkhluk, cth: menangis slps lahir, anak penyu yg menetas menuju ke laut.

2. hidayah hawasi (pancaindera)
-penting, contohnya kita guna mata semasa melintas jln.

3. hidayah akal
-boleh digunakan seluas2nya, sehingga dpt bgunkan tamadun.

4. hidayah islam
-buat hamba2nya yg terpilih, dapat memandu akal utk berada d landasan yg benar.
-akidah elemen terpenting. elemen lain: syariah n akhlak.

5. hidayah taufiq
-tahu tuntutan islam dan bersedia melaksanakannya.
-xsemua org islam dpt hidayah ni.
-semoga kita tergolong dlm golongan yg dikurniakan Allah akan hidayah jenis ini.


kesimpulannya,hidayah milik Allah.kepunyaanNya. diberikan kpd sesiapa yg dikehendakinya. Allah Maha Mengetahui akn hmba2Nya.

walaubagaimanapun, kita perlu berusaha mencari dan memelihara kelima-lima hidayah ni utk menjamin kehidupan yg selamat di dunia. kehidupan dunia yg selamat menjamin kebahagiaan kita d alam barzakh, pdg mhsyar, dan alam2 yg berikutnya....

setiap detik yg kita lalui sekarang- amat pendek jika dbandingkan dgn tmpoh hidup akhirat yg abadi. hidup dunia 60-70 tahun; tp hidup akhirat selama2nya, infiniti. sama2 lah kita sentiasa ingat, tempoh yg singkat kat dunia ni perlu diisi sebaik2nya agar kta xmenyesal kat akhirat kelak..

wallhua'lam.

Wednesday, October 28, 2009

PBL group- makan2 sket

kat sgs room A, kul 11 pg.
dimulakan dgn feedback session. sorang demi sorang kena panggil kat blik research tu. huhu, walopun aku agak seram pd mulanya(sbb kna dok mengadap prof hapizah sorang2) tp byk ler komen mmbina yg ku dpt alhamdulillah.

pastu mkn2. smbil2 tu prof bcerita pasal penerbgnnya nnti n pasal family nya. n ada jgak nasihat2 yg dititipkan buat kami-semoga jadik panduan n ikutan..

agak poyo ler aku ni- hehe- takut giler ngan prof ni. bese lah tu, bak kata mak aku, "elemen budak kecik tu masih ada ek? mesti kna marah, garang baru nak buat keje".

hehe. tu lah realitinya.buat masa ni hidup aku cmtu. masih meniti alam yg xmatang. um, asalkan aku bleh hidup dalam sinar islam, tu pun aku dah sgt bsyukur..... smg ditetapkan iman.

kesimpulannya, terima kasih prof, jumpa lg next sem...insyaAllah^o^

Monday, October 26, 2009

mencalarkan kereta abah...huhu

post ni bukan bertujuan nak bermegah dgn kesalahan aku, jauh skali utk rasa gembira dgnnya.. bahkan rasa sedih n malu kat abah..huhu,

tp bak kata ummi, "this is a part of ur learning- making mistakes". hehe ni versi english yg aku terjemahkan. versi asalnya "xpe lah, nak blaja bawa kete kan, ada lah buat salahnya tu"...ala2 camtu lah.

tp syukur lah, sbb abah xmenunjukkan reaksi marah. cuma abah harap aku dpt blajar n amik iktibar.

haha. mungkin isu ni nmpak kecil, but it is still a part of my life. making mistakes make u remember more n learn more. um...

apa2 pun, terima ok, semuanya dtg dr Allah. perkara baik/buruk, sebenarnya, itulah yg terbaik utk kita.um=)

hujung minggu lepas balik umah, dpt pengalaman baru bawa ummi g bandar. hehe. masa nak kluarkan kete dr pintu pagar la- calar bumper kete.

skang tgh prepare PBL n pharmacology SGS. huhu, penat tp apa nak buat. harap bleh stay lagi. insyaAllah. kalo x abis lah aku wei....

esok juga kali terakhir klas dgn prof hapizah utk sem ni. harap berjalan lancar, amin....

teruskan usaha.
-berjuang mmg pahit, kerana syurga itu manis..-

Monday, October 5, 2009

hari lahir ke 20

alhamdulillah, usia dah mencapai 20. harap fikiran dan tindakan pun makin matang. insyaAllah.

terima kasih byk2 pd kwn2, atas hadiah, kad, ucapan, nyanyian lagu Allah selamatkan kamu.semoga ia menjadi satu doa buat saya. terima kasih kerana atas segalanya=)

semoga persahabatan dan ukhuwwah akan berkekalan.

abah, tq belanja makan^o^ hehe.

memetik dr facebook atirah, best jugak utk direnungkan..

yg dilihat dan diukurNya bkn sejauh mn usahamu.tp yg diharap sejauh mn TAWAKKAL,PERCAYA nan jitu.p'gantungnmu pdNya.tp x b'mkna x perlu b'usaha.usahalah semampumu.tp jgn se2kali b'aqidah bhw byk usahamu penentu kejyaan.ttp b'...imanlah bhw TAWAKKALmu itu sbnrnya hny semata-mata pdNya.itulah penentu kejayaanmu.kjayaan bknlah milik sesiapa.ttp adalah milik Allah.jd seyakinnya hndklh dikau pohon dariNya semata.ma'an najah.