Wednesday, November 11, 2009

upcoming ES

ES is coming soon!

16-17hb nov kem PMH
27 hb nov raya hajj

5hb dec aiyoung kahwin
7-9 hb dec End Semester 3
12-13 hb dec triple I iium

apa2 pun jgn lupa study, ibadah, tmbh ilmu,etc... semoga dipermudahkan dan diringankan badan dlm soal ibadah.


ALL THE BEST! teruskan berjuang dan mmbaiki dirimu sblm tiba masanya utk bertemu Illahi... insyaAllah..

"mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

hidayah

summary-dari solusi 12
jenis2 hidayah:

1. hidayah tabii'
-pd stiap mkhluk, cth: menangis slps lahir, anak penyu yg menetas menuju ke laut.

2. hidayah hawasi (pancaindera)
-penting, contohnya kita guna mata semasa melintas jln.

3. hidayah akal
-boleh digunakan seluas2nya, sehingga dpt bgunkan tamadun.

4. hidayah islam
-buat hamba2nya yg terpilih, dapat memandu akal utk berada d landasan yg benar.
-akidah elemen terpenting. elemen lain: syariah n akhlak.

5. hidayah taufiq
-tahu tuntutan islam dan bersedia melaksanakannya.
-xsemua org islam dpt hidayah ni.
-semoga kita tergolong dlm golongan yg dikurniakan Allah akan hidayah jenis ini.


kesimpulannya,hidayah milik Allah.kepunyaanNya. diberikan kpd sesiapa yg dikehendakinya. Allah Maha Mengetahui akn hmba2Nya.

walaubagaimanapun, kita perlu berusaha mencari dan memelihara kelima-lima hidayah ni utk menjamin kehidupan yg selamat di dunia. kehidupan dunia yg selamat menjamin kebahagiaan kita d alam barzakh, pdg mhsyar, dan alam2 yg berikutnya....

setiap detik yg kita lalui sekarang- amat pendek jika dbandingkan dgn tmpoh hidup akhirat yg abadi. hidup dunia 60-70 tahun; tp hidup akhirat selama2nya, infiniti. sama2 lah kita sentiasa ingat, tempoh yg singkat kat dunia ni perlu diisi sebaik2nya agar kta xmenyesal kat akhirat kelak..

wallhua'lam.

Wednesday, October 28, 2009

PBL group- makan2 sket

kat sgs room A, kul 11 pg.
dimulakan dgn feedback session. sorang demi sorang kena panggil kat blik research tu. huhu, walopun aku agak seram pd mulanya(sbb kna dok mengadap prof hapizah sorang2) tp byk ler komen mmbina yg ku dpt alhamdulillah.

pastu mkn2. smbil2 tu prof bcerita pasal penerbgnnya nnti n pasal family nya. n ada jgak nasihat2 yg dititipkan buat kami-semoga jadik panduan n ikutan..

agak poyo ler aku ni- hehe- takut giler ngan prof ni. bese lah tu, bak kata mak aku, "elemen budak kecik tu masih ada ek? mesti kna marah, garang baru nak buat keje".

hehe. tu lah realitinya.buat masa ni hidup aku cmtu. masih meniti alam yg xmatang. um, asalkan aku bleh hidup dalam sinar islam, tu pun aku dah sgt bsyukur..... smg ditetapkan iman.

kesimpulannya, terima kasih prof, jumpa lg next sem...insyaAllah^o^

Monday, October 26, 2009

mencalarkan kereta abah...huhu

post ni bukan bertujuan nak bermegah dgn kesalahan aku, jauh skali utk rasa gembira dgnnya.. bahkan rasa sedih n malu kat abah..huhu,

tp bak kata ummi, "this is a part of ur learning- making mistakes". hehe ni versi english yg aku terjemahkan. versi asalnya "xpe lah, nak blaja bawa kete kan, ada lah buat salahnya tu"...ala2 camtu lah.

tp syukur lah, sbb abah xmenunjukkan reaksi marah. cuma abah harap aku dpt blajar n amik iktibar.

haha. mungkin isu ni nmpak kecil, but it is still a part of my life. making mistakes make u remember more n learn more. um...

apa2 pun, terima ok, semuanya dtg dr Allah. perkara baik/buruk, sebenarnya, itulah yg terbaik utk kita.um=)

hujung minggu lepas balik umah, dpt pengalaman baru bawa ummi g bandar. hehe. masa nak kluarkan kete dr pintu pagar la- calar bumper kete.

skang tgh prepare PBL n pharmacology SGS. huhu, penat tp apa nak buat. harap bleh stay lagi. insyaAllah. kalo x abis lah aku wei....

esok juga kali terakhir klas dgn prof hapizah utk sem ni. harap berjalan lancar, amin....

teruskan usaha.
-berjuang mmg pahit, kerana syurga itu manis..-

Monday, October 5, 2009

hari lahir ke 20

alhamdulillah, usia dah mencapai 20. harap fikiran dan tindakan pun makin matang. insyaAllah.

terima kasih byk2 pd kwn2, atas hadiah, kad, ucapan, nyanyian lagu Allah selamatkan kamu.semoga ia menjadi satu doa buat saya. terima kasih kerana atas segalanya=)

semoga persahabatan dan ukhuwwah akan berkekalan.

abah, tq belanja makan^o^ hehe.

memetik dr facebook atirah, best jugak utk direnungkan..

yg dilihat dan diukurNya bkn sejauh mn usahamu.tp yg diharap sejauh mn TAWAKKAL,PERCAYA nan jitu.p'gantungnmu pdNya.tp x b'mkna x perlu b'usaha.usahalah semampumu.tp jgn se2kali b'aqidah bhw byk usahamu penentu kejyaan.ttp b'...imanlah bhw TAWAKKALmu itu sbnrnya hny semata-mata pdNya.itulah penentu kejayaanmu.kjayaan bknlah milik sesiapa.ttp adalah milik Allah.jd seyakinnya hndklh dikau pohon dariNya semata.ma'an najah.

Wednesday, September 16, 2009

hari-hari di fakulti, minggu- minggu dalam menuntut ilmu

um.. xdpt aku nafikan, belajar apa2 course pun ada cabarannya.. semua manusia bleh mengeluh.
tp bagi aku dlm menuntut dlm bidang perubatan ni, pglamn setakat ni pun mmg dah perit. sakit hati, sakit kepala, sakit jiwa...apa2pun, harap ianya ada nilai d sisi Allah..amin. insyaAllah ia akan jd manis satu hari nnti.

1.selama ni mana lah aku ada suka stadi sangat. buku pun aku paling malas, benci nak baca. tp skarang lain- baca buku tu mesti. tanggungjawab. xbaca, xtau. (ilmu segalanya milik Allah, tp mmbaca tu bukti usaha kita bersungguh2 nak dapatkannya).

walaupunmasih ada tabiat tersengguk dan terpejam mata setiap kali menghadap buku, tp skrg aku suka skit2 kat buku. hehe. syg buku. semoga kita jd lebih rapat=)


2.organizing my life
bila terkena dgn lecturer yg tegas, kita pun kecut perut. terpaksa belajar, terpaksa bersedia sblm kelas. tp semua ni ada hikmahnya..pd pendapatku ini tarbiyyah dr Allah. Allah nk aku ubah segala tabiat buruk aku sblm aku berkhidmat dlm msyrkt nnti.
lecturer yg aku hormat ni pesan- organize urself!!


3. berani dan yakin
yg ni pon kena dtingkatkan. jgn takut salah. insyaAllah guru akan betukan anda kalo anda tersalah!



4.matlamat hidup
bukan utk dunia, manusia je aku ni hidup. tp jauh lebih besar- tgjwb yg diamanahkan oleh TUHANKU. apa yg aku dpt kat tzkirah- mtlamt hidup plg besar: beribadah pd Allah dan berperanan sbg 'khalifah'.siapalah kita ni..nak tau cmne tahap kita d sisi Allah, kita cek dlu- kat mana lah kita letak Allah d hati kita....


bosan, ngantok, keje aku menaip dan membebel la...apa lg. at least ada jgak sesuatu yg aku buat.

akhir kata, pesan seorg shbt(tqvm!): inti kebijaksanaan adalah takutkan ALLAH..

Sunday, September 6, 2009

Ramadhan al-mubarak bulan Tarbiyyah

ya, seperti yg kita selalu dgr, bulan tarbiyyah..tp sejauh mana kita hayati dan ambil manfaat drnya? fikir2, koreksi diri..

antara yg kita boleh buat utk perbaiki hidup kita..(pesan buat diri sendiri juga):
- baca dan cuba sebaik mungkin khatamkan al-Quran
- solat awal waktu, cuba dapatkan peluang utk berjamaah
- ma'thurat d pagi hari
- solat dhuha
- tunaikan solat tarawih, yg memang istimewa hnya di bulan ramadhan
- al- mulk sebelum tidur
- tanamkan dlm hati utk bangun qiam di malam hari dan berusaha walaupun sedikit demi sedikit ke arahnya

segala yg kita ada kat dunia ni sebenarnya terletak pada kuasa Allah. Dialah yg berkuasa atas segalanya. sentiasa pohon kita d bwh lindunganNya, sentiasa dlm ketaatan kpdNya.
carilah dan hayatilah kenikmatan dlm beribadah.
wallahua'lam.

selawat dan salam ke atas baginda dan ke atas keluarga baginda.
walhamdulillahi rabbil 'alamin.