aku ngan aiyoung. bertolak dlm pukul 1 ptg,lambat skit dr apa yang diplan.sebab uruskan hal skit kat asrama sekolah tu..
kitorang mmg dah tau akan sampai lambat.nak buat camne.mula2 ingatkan nak isi minyak kereta kat tanah rata sblm start jalan.tiba2 semua stesen minyak(ptronas,shell) x de elektrik pulak.minyak dlm tank tinggal separuh.nak tak nak kenalah pergi ke ringlet. so,kitorang kenalah balik kuantan ikut jalan Tapah..bahaya jln tu.curam,selekoh tajam.
on the way tu, kitorang beli skit durian dan berhenti picnic kat lata iskandar. hehe,picnic kat air tejun..ingatkan nak lama2 dok kat situ, tapi niat kitorang terbantut sebab nampak kejadian sorang budak yang hampir2 nak lemas.nasib baik ayah budak tu sempat terjun dalam air dan selamatkannya. tu lah kali pertama aku lihat saat mencemaskan macam tu.yang sedihnya, lepas budak kecil tu diselamatkan, ayah budak tu macam kehilangan sesuatu semasa terjun dalam air. mungkin kunci kereta.ayahnya menyelam beberapa kali untuk cari benda tu.dapat ke tidak, wallahua'lam...
aku ngan aiyoung teruskan perjalanan.jauh lagi,tp hari dah petang.lepas tu, kami singgah lagi kat upsi, tempat lama aiyoung.waktu nak pergi cameron hari tu dah singgah, ni singgah skali lg=)....lps smyg, mkn..
dah malam, masih kat dlm kereta. uisyh, kat jalan genting highlands tu, ada masalah lampu...kitorang dah tersesat sampai ulu yam dah...huhu, takutnye..nasib baik, dapat call mino,dia tolong .. baru lah aku tau function sbnr lampu biasa dan lampu high beam kereta ni..
sampai temerloh dalam pukul 10 lebih(malam).kami ngantok,so tidurlah dlm kereta. hehe, lama jugak tu.last2 sampai umah kul 1 lebih(pagi).ummi abah dah risau dah. aku wat tak tau je, sebab aku memang enjoy travelling kali ni.tp last2 aku menyesal jugak.. x baik buat mereka risau...
aku_aiyoung
ni kat lata iskandar tu..
=)
peace!!heppinye..
haha..cak!!
singgah kat upsi on the way balik umah
hari dah petang nih..