Monday, July 2, 2007

majlis amanat dari sekretari kpt

agaknyelah..aku pun x tau, betul ke sekretari??apa2lah..yang penting dato' adham baba datang.majlis waktu malam.lepas isya'.bagi amanat n nasihat, yang serba sedikit dapat naikkan semangat aku..xkira utk bab belajar ni atau bab patriotik.ok jugak cara pengucapan dia.aku enjoy la jugak malam ni..alhamdulillah..
yang best nye, aku n 2 lagi roommate aku(ayu n emillia)n sorang lagik kawan kena dok kat luar dewan.ingatkan bila dah pergi awl, dpt dok kat dalam..tp nak wat macam mana..ramai kena dok luar, sebab dewan xcukup ruang. tu lah, ramai sgt student.kami berempat ni dok kat luar tu betul2 sebelah kipas yang guna wap air(mcm kat stesen minyak tu...)so, habis tudung kitorang basah.ada yang nak sampai tahap lencun.hehe, tapi aku xla sampai macam tu..
hari ni-pagi ada taklimat kokurikulum(tp pelajar asasi x terlibat lagi dgn kokurikulum ni)..petang plak ada taklimat kewangan.cara rancang kewangan.

Sunday, July 1, 2007

pendaftaran kat dewan budiman n dewan annexe

huhu..530 pagi dah kena jalan ramai2 ke pusat islam.kitorang kena smayang subuh jemaah kat sana, pastu dgr kuliah subuh, pastu pergi buat pendaftaran untuk jadi pelajar UiTM yang sah..
kitorang kena berbaris ramai2 jalan macam semut.kalo x silap, yang mendaftar smlm-siswa+siswi (lepasan spm) 1000 lebih. ramai gile, hanya Tuhan yg tau..kalo diarah pergi mana2, mesti kena berbaris panjang.tambah pulak, hari ni budak lepasan stpm n matrik plak datang..so jumlah kami semua,4000lebih org..huhu;(
lepas subuh, aku pun tunggu turn fakulti aku(sains gunaan) utk mendaftar.giliran kitorang bila jam dah pukul 11 lebih..huhu..tp nasib baik lah malam ni xde aktiviti. apa lagi, aku pun tidolah..hehe..

Saturday, June 30, 2007

daftar uitm..

x sempat nak online sepanjang seminggu sblm stat daftar ni..sibuk sangat dengan nak prepare brg.persediaan terakhir.
hari ni kena daftar.pukul 830 pg.so, kami bertolak pukul 4 pagi.sampai2 kat sana kena angkut brg ke kolej guna bas.takut sesak.lepas pendaftaran kolej(dalam pukul 11 lebih), kami pergi majlis persandingan kak azura n abg asyran.hehe, jumpa semua sedara mara aku..
nasib baik ummi, abah ngan farouk tu sporting.hehe..aku sedey n mood teruk skit hari ni pun diorang faham.x marah pun..hehe..tq ummi, abah, farouk, imah..
petang ada taklimat, malam pun taklimat...huhu, dgr je lah..;(

Monday, June 25, 2007

amik borang je..

hari ni aku try naik bas g peramu.boleh tahan jugak penatnya.yelah, dah lama xberjalan,dok umah je..
sampai2 kat yayasan pahang, aku g amik borang utk claim bantuan masuk ipt. ingatkan boleh settlekan terus, rupanya tidak..macam biasa, kenalah ada pengesahan, dll yang berkaitan..
nak tak nak, balik je lah umah. tp cuaca panas wat aku sakit kepala je.esok pergi balik kot, nak kena hantar semula borang biru tu.

Saturday, June 23, 2007

anugerah kat tahap plak!

dalam surat, kata majlis start dalam pukul 10 pg.abah pesan, kena bertolak awal.. jerantut tu bukan dekat.hehe, tapi kalo nak bawa aku berjalan, mmg problem skit.. dari dulu lagi,heheh..bab2 masa ni mmg aku lemah..
last2, kul 8.30 lebih baru bertolak.aku terpikir jugak, boleh ke sampai sblm majlis mula ni?biasanya 2jam setengah baru bley sampai..
akhirnya, sampai la jugak.area 10 lebih.tu pun sebab abah bawak kereta laju.laju la jugak dari biasa.tp majlis tu x start lagi pun..rupa2nya ada mesyuarat pibg sebelum penyampaian hadiah..
aku g jumpa cikgu2..nak jumpa kawan? budak spm tahun lepas, aku sorang je pompuan yang dtg..budak laki plak 3org- pidot, lokman, imran.diorang je lah classmate yang aku bley jumpa.yg lain tgh blaja, susah nak balik cuti..
alhamdulillah, aku dapat 2 hadiah.hehe..spm 10a1 2a2 dan tokoh akademik.em, xcaya je kan?

Wednesday, June 20, 2007

anugerah pelajar cemerlang(APC)

hari amik APC kat kompleks yysn phg.sempena perasmian kompleks yysn phg dan maahad tahfiz kat situ. so, dalam pukul 10pg, aku ,ummi ngan imah naik teksi pergi tg. lumpur. smpai2 kat sana, wktu tu sultan tgh bertitah..hehe, kitorang ni dtg lmbat mengalahkan sultan dan vvip lain..hehe..

aku punya majlis x libatkan sultan..mb phg je yang sampaikan cenderamata kat budak2 upsr, pmr, ngan spm nih...yelah, sbb kitorang ni ramai sgt..nnti kalo pengsan, sape yang susah??hehe, xbaik betul aku ni..mintak maaplah ye..
aku sempat jumpa khaty dan athirah razimi kat majlis tu..diorang student maahad kat situ, so diorang pun terlibatlah..kat sana, diorang belajar 3tahun.amik diploma sambil menghafaz al-quran..um, mmg best kan?sambil blaja,bley hafal satu quran.. bukan senang tau!

aku xberapa puas hati sgt.majlis xde lah 100% lancar.mungkin sebab ada 2 majlis diorang kena uruskan serentak, sbb tu jd kelam kabut skit..xpe lah, nak wat camne, kan?anyway, aku terhibur jugak bila tengok telatah mcm2 org, terutamanye yb kita..
xde rezeki agaknya, aku x terserempak la plak ngan pengetua aku dulu, ust mohd nor. ustaz kata dia ada kat majlis tu..harap ust ceria dan bahagia selalu..
alhamdulillah, aku dapat cenderamata(berupa kaca) dan kad sspn.apa tu? aku pun xtau..

Tuesday, June 19, 2007

sedeynye...data kabel yg aku beli tu x match!!

em...tinggal beberapa hari je lagi aku nak dok kat umah ni..lepak2..
huhu, sdey la plak rasanye..walaupun kadang2 rasa x sabor2 nak pegi blaja.. tp lepas ni..mesti x de masa nak tido puas2 kan??hehe..
minggu lepas, dapat surat dr yysn phg dan smka tahap,skolah lama aku..
dua2 surat jemputan utk terima anugerah.ntah la anugerah ape menda..tp sbb result spm hari tu lah..aku x kisah lah.. dah dapat pun kira bersyukur sangat...

hm..bila pikir psl kabel CA-53 yg aku beli bln lepas, kadang2 plak biol kepala otak ni..ingatkan kabel tu match dgn nokia aku, rupanya tidak...haha, padan muka..sape suruh x pikir btul2..main beli je,kan dah kena..skang ni baru aku tau,CA-42 je yg bley guna, selain dr infrared utk smbung kat pc.hari tu aku dah jumpa dah kabel yg spatutnya tu, tp bila pikir 2kali, aku rasa nanti dululah.banyak lagi menda lain yang lebih penting...lagipun aku dah bazirkan duit aku hari tu..huhu;(